Monday, 30 March 2015

Manfaat Surah Al-Waqiah Sebagai Pintu Rezeki

Banyak diantara kita yang mengalami masalah keuangan, rezeki tidak cukup untuk menopang ekonomi keluarga. Pendek kata rezeki selalu sempit.

Al-quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai faedah yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih :

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,  maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Faedah surah al-Waqiah akan berkesan jika dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada 
Doa sesudah membaca surah al-waqiah

Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”
Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan. 
Surah Al-Waqiah boleh di dengar di sini  : Part 1 (ayat 1 - 49)
                                                                Part 2 (ayat 50 - 96)


No comments:

Post a Comment